JDT akhirnya tumbang, dimalukan Kawasaki Frontale 5-0

Safawi Rasid berjaya melepasi dua pemain pertahanan Kawasaki Frontale perlawanan Liga Juara Juara Asia (ACL) kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri

Setelah mengharungi kempen Liga Juara-juara Asia (ACL) dengan keputusan yang membanggakan, Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya tumbang dimalukan kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan kelab nombor satu Asia itu memintas skuad Harimau Selatan untuk menghuni kedudukan pertama Kumpulan I dengan mengutip lapan mata, satu mata di hadapan JDT.

Pada perlawanan itu, JDT turun beraksi tanpa kehadiran beberapa pemain utama yang direhatkan antaranya Bergson Da Silva, Arif Aiman Hanapi, Natxo Insa, Leandro Velázquez dan Shahrul Saad.

Walaupun ketiadaan beberapa pemain utama, skuad bimbingan Benjamin Mora itu tetap berjaya mempamerkan aksi bertenaga pada 10 minit pertama dengan melakukan tekanan serta menguji keampuhan benteng pertahanan lawan.



Bagaimanapun, keadaan itu tidak bertahan lama apabila juara Liga 1 Jepun itu berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-14 setelah dihadiahkan sepakan percuma apabila Yu Kobayashi dijatuhkan Mauricio Nascimento.

Yasuto Wakizaka yang diberikan tanggungjawab mengambil sepakan percuma itu bijak melepaskan rembatan ke arah penjuru kanan gawang yang tidak terjangkau oleh penjaga gol, Farizal Marlias.

Pasukan kendalian Toru Oniki tampil dengan aksi berbeza berbanding perlawanan sebelum ini apabila lebih ghairah menyerang dengan menggunakan kelincahan Chanathip Songkrasin, Akihiro Ienaga dan Ten Miyagi mendatangkan masalah buat pasukan tuan rumah.

Pada minit ke-16, giliran Kobayashi pula melakukan percubaan tepat ke pintu gol JDT namun kini Farizal lebih bersedia mematikan rembatan lemah itu.



Setelah beberapa kali melakukan serangan, Kobayashi akhirnya berjaya memperoleh gol yang diburu pada minit ke-31 bagi meletakkan Kawasaki Frontale di kedudukan selesa. -KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta



Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker