Rampasan syabu: Jurulatih renang antara ditahan

Rampasan syabu: Jurulatih renang antara ditahan

POLIS menahan empat lelaki termasuk seorang jurulatih renang yang disyaki mendalangi sindiket penyeludupan dan pengedaran syabu, dalam serbuan di Selangor dan Johor pada 22 dan 23 April lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis turut merampas syabu seberat 287 kilogram yang dianggar bernilai kira-kira RM10.3 juta dalam serbuan itu.

Beliau berkata, kesemua mereka yang berumur 25 hingga 29 tahun itu ditahan dalam empat serbuan dengan dua daripadanya ditahan di kediaman masing-masing di Puchong, di sini manakala dua lagi di sekitar Johor Bahru.

Katanya, siasatan awal polis mendapati syabu itu diseludup masuk ke dalam negara menerusi sempadan di utara negara menggunakan kapal, dan ia akan “transit’ Lembah Klang terlebih dahulu sebelum dipasarkan ke negara jiran melalui sempadan di selatan negara, dan sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini.

“Syabu yang dirampas menerusi kerjasama JSJN Bukit Aman, JSJN kontinjen Selangor dan JSJN Johor itu dipercayai boleh digunakan oleh 1.4 juta penagih dadah,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, polis turut menyita pelbagai jenis aset melibatkan kenderaan dan wang tunai yang digunakan sindiket itu yang dianggar bernilai RM173,000.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati kesemua lelaki terbabit negatif dadah dan tiga daripada mereka didapati mempunyai rekod dalam kes dadah dan jenayah.

“Keempat-empat mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya. Utv

Rampasan syabu: Jurulatih renang antara ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker