Pakej taubat RM20 berunsur penipuan – Mufti Kelantan

Pakej taubat RM20 berunsur penipuan – Mufti Kelantan

Pakej taubat dengan bayaran RM20 yang ditawarkan dalam laman sosial bertujuan mengaut keuntungan semata-mata dan menunjukkan kejahilan masyarakat, kata Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, tindakan mengupah taubat itu perlu dihentikan segera kerana ia berunsur penipuan.



“Bertaubat ini perlulah berlaku secara langsung dengan Allah, kecuali dengan manusia, kita hendaklah mendapat kemaafan daripada sesama manusia, sekiranya ada melakukan kesalahan.

“Dengan Tuhan (Allah), kita boleh terus memohon keampunan untuk memohon taubat tiada upah untuk bayaran kerana kesalahan seseorang itu hanya dia sahaja yang mengetahuinya dan individu yang mengambil kesempatan terhadap orang lain dianggap jahil,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang maklumat mengenai individu yang mengambil upah doa taubat di Kelantan.

Dalam perkembangan lain, Shukri berkata, berdasarkan fatwa Kelantan, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000 tidak wajib membayar zakat kerana belum mencapai nisab ditetapkan.



“Pencarum yang menyimpan wang dalam KWSP dianggap belum sempurna, ia bermaksud mereka bebas menguruskan wang yang dikeluarkan, termasuk membeli barangan kemas dan apa sahaja keperluan mereka.

“Kadar nisab yang mencapai syarat minimum ialah RM20,000 ke atas wajib membayar zakat, oleh itu pengeluaran RM10,000 belum mencapai nisab, sekiranya pencarum mahu membayar zakat, ia tidak menjadi masalah,” katanya. FMT

Pakej taubat RM20 berunsur penipuan – Mufti Kelantan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan



‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker