Wincci seronok buat kerja amal



Wincci seronok buat kerja amal

Penyanyi dan bekas ratu cantik Miss World Malaysia, Dr Soo Wincci berkongsi rasa syukur kerana berpeluang untuk turun padang bersama organisasi kebajikan, Islamic Relief Malaysia dan mengagihkan sumbangan makanan kepada golongan memerlukan.

Wincci yang juga Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia menganggap Ramadan tahun ini menjadi Ramadan paling bermakna dalam hidupnya.

“Tahun ini, saya rasa sangat teruja kerana dapat menyambut bulan puasa di Malaysia. Suasana berpuasa di sini lebih meriah berbanding ketika saya berpuasa di Sepanyol sebelum ini.

“Saya juga rasa sangat seronok kerana pada hari pertama puasa tahun ini, saya berpeluang mengikuti aktiviti amal bersama Islamic Relief Malaysia bagi mengagihkan bantuan makanan kepada golongan memerlukan daripada komuniti Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) di Brickfield, Kuala Lumpur,” katanya.




Menurutnya, aktiviti ini juga mengubat kerinduannya selepas dua tahun tidak dapat melakukan kerja-kerja kebajikan akibat pandemik Covid-19.

“Sudah lama saya rindukan suasana untuk turun padang melakukan kerja-kerja kebajikan memandangkan sejak Covid-19 melanda, gerak kerja kebajikan turut berdepan kekangan dan terbatas pergerakannya.

“Jadi, bila ada program sebegini, saya memang tak akan lepaskan peluang untuk turut serta membantu.

“Melalui program sebegini, saya berpeluang melihat sendiri realiti kehidupan masyarakat juga menyelami permasalahan mereka,” katanya.

Wincci adalah antara selebriti bukan Islam yang mengamalkan puasa sepanjang Ramadan sejak 12 tahun lalu. HM




Wincci seronok buat kerja amal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’



Leave a Reply

Your email address will not be published.