Kejohanan Badminton Asia, Zii Jia, Daren mara ke pusingan kedua



KUALA LUMPUR: Perseorangan profesional negara Lee Zii Jia mempamerkan aksi cemerlang pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina hari ini apabila menewaskan pemain China, Sun Fei Xiang, sekali gus melangkah ke pusingan kedua.

Berlangsung di Kompleks Sukan Muntinlupa, Zii Jia terlebih dahulu dipaksa mengerah keringat apabila kalah pada set pertama 19-21, sebelum bangkit di set kedua serta set penentuan 21-14, 21-14, dalam perlawanan selama 59 minit itu.

Zii Jia, yang berada pada ranking ketujuh dunia, akan berdepan wakil Indonesia Shesar Hiren Rhustavito esok.

Terdahulu, Shesar Hiren menewaskan pemain Taiwan Lin Chun Yi 14-21, 22-20, 21-19.

Turut berjaya melepasi halangan hari ini ialah seorang lagi perseorangan lelaki negara, Liew Daren, yang mengheret lawannya dari Korea Selatan, Heo Kwang Hee, ke set penentuan.




Daren menang 8-21, 21-10, 21-15 dan akan berdepan pemain pilihan keempat kejohanan, Jonatan Christie dari Indonesia, yang menyingkirkan B Sai Praneeth dari India 21-17, 21-13.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi Aidil Sholeh apabila beliau terkandas di pusingan pertama selepas ditewaskan pemain Taiwan, Wang Tzu Wei, manakala Ng Tze Yong kecundang di tangan pilihan ketujuh kejohanan S Kidambi dari India.

Dalam perkembangan sama, beregu wanita negara Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing menundukkan gandingan K Ashwini Bhat-Shikha Gautam dari India untuk melangkah ke pusingan kedua.

Anna-Mei Xing mengambil masa 33 minit untuk menyelesaikan perlawanan itu dengan straight set 21-19, 21-12.

Pearly Tan-M Thinaah turut mara setelah mudah mengetepikan cabaran Simran Singhi-Ritika Thaker dari India 21-15, 21-11.




Pemain perseorangan wanita negara S. Kisona mengekori rakan-rakannya ke pusingan kedua selepas mengalahkan Yeung Sum Yee dari Hong Kong 21-10, 22-20.

— BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.