Tiada kerjasama PH, Bersatu kecuali semua parti komponen setuju – Loke

Tiada kerjasama PH, Bersatu kecuali semua parti komponen setuju – Loke

Sebarang kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu hanya boleh berlaku, jika semua parti komponennya bersetuju, kata Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook.

Katanya, pendirian DAP berhubung perkara itu adalah jelas.



“Bagi kami, sukar untuk bekerjasama dengan Bersatu berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini, dengan Langkah Sheraton,” katanya merujuk penjajaran semula politik membabitkan Bersatu, PAS dan Barisan Nasional yang akhirnya menyaksikan kejatuhan kerajaan persekutuan pimpinan PH.

Loke ditanya mengenai kemungkinan DAP “ditolak” PKR dan Amanah seperti yang berlaku dalam pilihan raya negeri Melaka tahun lalu, apabila dua parti itu membenarkan bekas ADUN Umno menyertai mereka walaupun dibantah DAP.

“Itu (bekerjasama dengan Bersatu) adalah keputusan besar, ia berbeza dengan apa yang berlaku di Melaka,” katanya dalam sebuah majlis hari ini.

Beliau berkata, keputusan besar seperti itu perlu berdasarkan konsensus, dan ini bermakna persetujuan semua empat parti komponen PH.



Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dilaporkan berkata, PH patut terbuka kepada perbincangan dengan mana-mana parti, termasuk Bersatu, dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ditanya apa yang akan berlaku, jika sekutu DAP bertegas mahu bekerjasama dengan Bersatu, Loke berkata, parti itu akan tunggu dan lihat.

Katanya, fokus PH sekarang ialah mengukuhkan gabungan itu daripada bergantung kepada parti lain.

Mengenai kerjasama dengan parti pembangkang lain, Loke berkata, “pintu tidak ditutup” untuk parti lain.



“Bagi saya, paling baik kita tidak bertanding melawan sesama sendiri.” FMT

Tiada kerjasama PH, Bersatu kecuali semua parti komponen setuju – Loke


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan



Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker