Selamatkan wanita daripada maut ditetak, 2 rakyat Malaysia terima penghargaan di Singapura

Selamatkan wanita daripada maut ditetak, 2 rakyat Malaysia terima penghargaan di Singapura

Dua rakyat Malaysia antara 10 individu menerima penghargaan di Singapura susulan keberanian mereka memberi bantuan kepada seorang wanita, pada 14 Apr, dalam insiden tetak di luar restoran, di Beach Road.

Dua rakyat Malaysia itu, Lim Chee Kong dan Lim Chee Wei, diberikan penghargaan “Public Spirited Awards” oleh polis Singapura kerana mempertahankan wanita itu daripada terbunuh daripada serangan lelaki bersenjata pisau pemotong.

Chee Kong yang juga chef di sebuah restoran, bergegas memberikan bantuan ketika sedang merokok sejurus mendengar jeritan wanita berkenaan meminta tolong. Beliau pantas berlari ke lokasi kejadian dan mula menjerit ke arah suspek agar berhenti.

“Tetapi, kemudian (dia datang ke arah saya) seperti mahu mencederakan saya, jadi saya berundur dan terus menjerit,” kata lelaki berusia 55 tahun itu.

Chee Wei yang juga pekerja di restoran berhampiran turut bergegas membantu selepas mendengar berlaku kekecohan. Mereka membaling secara rambang pelbagai jenis barang seperti kerusi, tong sampah, termasuk papan tanda ke arah lelaki bersenjata itu bagi tujuan mengalih perhatiannya.

Dua pekerja membaiki penyaman udara yang berada berdekatan pula mengambil tangga daripada lori mereka dan menggunakannya untuk menolak suspek, manakala pemilik dan pekerja dari sebuah restoran lain, cuba membantu wanita itu dengan membaling pelbagai barang ke arah lelaki berkenaan.

Seorang pelayan dari sebuah restoran steamboat berhampiran, To Lee Kwee, bergegas mendapatkan bantuan daripada pekerja hotel yang bertindak menghubungi polis.

Kedua-dua rakyat Malaysia itu diiktiraf hasil keberanian luar biasa, selain pantas berfikir untuk tampil walaupun sedar lelaki berkenaan bersenjata, kata Komander Jabatan Polis Pusat Jeremy Ang.

Penyerang berusia 46 tahun itu, Cheng Guoyan, dituduh pada Sabtu atas dakwaan cubaan membunuh seorang wanita berusia 41 tahun. FMT

Selamatkan wanita daripada maut ditetak, 2 rakyat Malaysia terima penghargaan di Singapura


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker