Anwar terima nasihat dari Pak Su Mid

Terkini di My KMU !!!!---->

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi tokoh agama terkenal di Kedah yang dikenali Pak Su Mid di Kuala Nerang, Kedah hari ini.

“Alhamdulillah sempat menziarahi Pak Su Mid Kuala Nerang di kediamannya sebentar tadi.

“Pak Su Mid berpesan untuk terus ikhtiar dan berusaha. Insya Allah ia akan dipermudahkan,” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan Harapan juga mendoakan Pak Su Mid terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik.

Sebelum itu, Pak Su Mid sering diziarahi orang ramai termasuk pemimpin politik termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Anwar sebelum itu menghadiri majlis perkahwinan setiausaha sulitnya, Shukri Saad di Kuala Nerang. MG

Pak Kadiaq Melayu Paling Kaya Tahun 90an? Duit mai mana?

Leave a Reply