Tenun Pahang Diraja tampil julung kali di Minggu Kraf London

Tenun Pahang Diraja tampil julung kali di Minggu Kraf London

LONDON – Buat julung kalinya keindahan Tenun Pahang Diraja dipamerkan kepada dunia di Minggu Kraf London (LCW), yang berlangsung dari Isnin hingga 15 Mei.

Malaysia adalah salah sebuah daripada dua negara terpilih untuk menjayakan Pavilion Negara, yang ditampilkan bagi mengukuhkan festival itu sebagai platform berkongsi perspektif global, dan menyerlahkan perhatian terhadap London sebagai hab antarabangsa untuk mempertemukan pembuat dan kreativiti cemerlang dari seluruh dunia.



Dengan diterajui Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pameran itu mengetengahkan program tenunan dari penjara, yang menampilkan tenunan tradisional lengkap dengan penenun bertugas, fabrik arkib dari Muzium Pahang dan pilihan pakaian Tunku Azizah sendiri, serta koleksi Tenun peribadi.

“Semua ini adalah berkaitan menyulam harapan. Kisah ini sendiri adalah mengenai harapan hari ini… kami berharap dapat menghidupkan semula sulaman Tenun Pahang,” titah Seri Paduka Baginda semasa melancarkan Pameran Tenun Pahang Diraja di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, di sini.

“Harapan saya adalah untuk menghidupkan semula tenunan (Tenun Pahang), dan harapan saya untuk seni tenun bertahan, semuanya bergantung kepada banduan (menerusi program tenunan penjara). Mereka adalah harapan saya untuk kelangsungan seni tenun. Mereka yang menjayakannya, dan kerana mereka, kini terdapat lebih 200 penenun,” titah baginda yang membandingkan 15 penenun lama di Pahang pada 2006.

Raja Permaisuri turut memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya Jabatan Penjara, Institut Kraf Negara dan jabatan berkaitan, kerana ‘memberi harapan dan peluang kedua’ bukan sahaja untuk industri tenunan tertua untuk terus hidup, malah juga untuk membina kehidupan baharu bagi banduan.



“Ia salah satu industri tenunan tertua, berusia 1,000 tahun dengan bantuan Jabatan Penjara dan banduan, yang menghasilkan reka bentuk dan menenun.

“Senyuman di wajah mereka mencairkan hati saya. Saya melayan mereka seperti kawan. Selain menenun, mereka juga diajar memasak. Sinar

Tenun Pahang Diraja tampil julung kali di Minggu Kraf London


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa



Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker