Sokongan Muhyiddin kepada Ismail Sabri bersyarat

Sokongan Muhyiddin kepada Ismail Sabri bersyarat

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini berkata sokongan yang diberikan gabungan itu kepada Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri baru adalah bersyarat.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini Muhyddin berkata jika mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi perdana menteri nanti, naib presiden Umno itu mesti memastikan anggota kabinetnya terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.

“Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan,” katanya.

Kenyataan itu hadir ketika semua 114 ahli parlimen yang dipanggil Istana Negara selesai menghadap Agong petang ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tambah Muhyiddin PN sebulat suara bersetuju menamakan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri baru membabitkan 50 ahli Dewan Rakyat gabungan tersebut.

“Saya juga berunding dengan pimpinan parti GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan PBS (Parti Bersatu Sabah) yang membentuk kerajaan persekutuan sebelum ini untuk mengambil ketetapan sama.

“Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar kerajaan PN yang sedang menumpukan perhatian kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya umum bagi mengembalikan mandat rakyat,” katanya.

Presiden Bersatu itu juga menegaskan, pendirian bersama PN itu juga menunjukkan mereka mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa.

“Apabila berhadapan dengan situasi krisis, ahli-ahli politik mesti berjiwa besar demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya. Mk

Sokongan Muhyiddin kepada Ismail Sabri bersyarat

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker