Lelaki Ini Cerita Pengalaman Kesan Ketika ‘Hamil’ [VIDEO]

Lelaki Ini Cerita Pengalaman Kesan Ketika ‘Hamil’ [VIDEO]

BAGI sesetengah wanita, pengalaman ketika hamil adalah sesuatu yang amat istimewa dan mengujakan.

Namun kebiasaannya, wanita hamil sering berkongsi kesan-kesan yang mereka alami sepanjang tempoh hamil seperti ‘morning sickness’, perubahan hormon, mengidam dan pertambahan berat badan yang perlu dibawa.

Bukan semua golongan lelaki memahami perubahan ini namun ada dalam kalangan mereka masih ingin memahaminya dengan cara tersendiri

Memetik laporan Mirror, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Maitland Hanley, memuatnaik sebuah video di sosial media untuk menceritakan pengalamannya menjadi seperti wanita hamil.

@maitlandhanley

Man finds out what it’s like having twins 🤣 #fyp #watermelonchallenge #pregnancychallenge #pregnantmanchallenge #pregnantchallenge

♬ Oliver Twist – ArrDee

Menerusi klip video tersebut, Hanley yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata dilihat berbaring di katil dengan sebiji tembikai yang besar dibalut di bahagian perut serta dua biji lagi di bahagian dadanya.

Pada awal video tersebut, Hanley yakin mampu bangun dengan bebanan di bahagian perut dan dadanya.

“Ya, lihat ini,” katanya sambil berusaha untuk berdiri.

Ternyata usahanya itu gagal kerana tidak mampu untuk bangun dengan keadaan perut dan dadanya itu.

‘Saya fikir situasi ini jauh lebih mudah.” katanya sambil ditertawakan rakan-rakannya.

Video klip itu menjadi tular di media sosial apabila mendapat lebih 15 juta tontonan

Lelaki Ini Cerita Pengalaman Kesan Ketika ‘Hamil’ [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM kata peralihan kerajaan lagi akan merugikan negara

PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker