‘Genjatan politik’ Ismail Sabri dengan Anwar

‘Genjatan politik’ Ismail Sabri dengan Anwar. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaikan mendapat ‘tonik’ pertama kerajaan baharu apabila berjaya mendamaikan hubungan dengan blok pembangkang hari ini.

Selepas lima hari pelantikannya, Ismail Sabri yang dalam ucapan sulungnya membawa tema Keluarga Malaysia membuktikan semangat itu apabila mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya petang tadi.

Turut menyertai pertemuan selama satu jam itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Lebih menarik dan menjadi satu sejarah apabila Ismail Sabri dan ketiga-tiga pemimpin Pakatan Harapan menandatangani satu kenyataan bersama yang memberi jaminan akan mencari titik persamaan terbaik bagi menangani krisis penularan wabak Covid-19 dan ekonomi negara.

“Pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam ini, tertumpu menjaga nyawa dan keselamatan daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Pertemuan dan kenyataan bersama tersebut seolah-olah memberi gambaran yang rakyat mungkin akan menyaksikan satu ‘genjata politik’ antara kerajaan dengan blok pembangkang selepas ini.

Malah, Anwar dalam pertemuan dengan media selepas itu berkata, beliau memberi jaminan tidak akan menyulitkan tugas Ismail Sabri sebagai PM ke-9.

“Kita beritahu kalau suasana begini, kalau program-program (yang dibuat) pro kepada rakyat, kita tak akan persulitkan (undi percaya),” katanya kepada pemberita di luar Pejabat Perdana Menteri petang tadi.

Walaupun ada yang mempersoalan sejauh mana ‘genjatan politik’ itu mampu bertahan, namun sekurang-kurangnya Ismail Sabri setakat ini telah membuka satu lembaran baharu politik negara.

Ini kerana Anwar merupakan Ketua Pembangkang yang bersaing rapat dengan beliau dalam pecutan terakhir merebut jawatan Perdana Menteri minggu lalu.

Bagaimanapun, pada Sabtu lalu, Ismail Sabri akhirnya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendapat 114 sokongan ahli Parlimen.

‘Genjatan politik’ Ismail Sabri dengan Anwar


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Anwar sokong selagi program PM pro kepada rakyat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker