Individu kesan imej zombi guna Google Maps

Individu kesan imej zombi guna Google Maps

LONDON – Seorang pengguna laman TikTok mendakwa menemui sebuah bangunan terbengkalai yang memaparkan imej beberapa makhluk menyerupai zombi yang dikesan menggunakan laman pemetaan Google Maps, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menerusi klip video yang dikongsikan, individu berkenaan menunjukkan imej dari udara sebuah bangunan terbengkalai yang diperoleh daripada Google Maps.



Selepas dizum dan menukar kepada fungsi ‘Street View’, pengguna dapat melihat paparan imej di dalam bangunan tersebut.

Dinding bangunan itu mempunyai pelbagai tulisan seperti ‘Zombi akan tiba’ yang dihasilkan menggunakan semburan cat.

Beberapa lelaki dalam keadaan pakaian koyak-rabak serta dipenuhi dengan darah turut dilihat dalam video itu.

Mereka kelihatan seperti manusia yang telah bertukar menjadi zombi seperti yang sering ditonton di kaca televisyen.



Perkongsian tersebut menjadi tular dengan menerima pelbagai komen daripada pengguna lain.

“Jurugambar Google telah bertindak melampaui batas,” kata seorang netizen.

“Itu adalah lokasi penggambaran filem,” komen pengguna lain. K Online

Individu kesan imej zombi guna Google Maps




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker