Saya boleh pulihkan Stadium Shah Alam – Zamsaham

Saya boleh pulihkan Stadium Shah Alam – Zamsaham

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menegaskan, kerajaan negeri Selangor tidak perlu mengeluarkan duit dan beliau menawar diri untuk membaikpulih Stadium Shah Alam (SSA) menerusi pajakan.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menegaskan, bangunan ikonik yang dibina pada 1994 itu tidak perlu dirobohkan kerana ia sebenarnya boleh diselamatkan.

Jelasnya, pihaknya bersedia menanggung segala kos baik pulih dengan beberapa syarat yang dipersetujui antara kedua-dua pihak bagi kebaikan bersama.

“Tidak perlu keluar duit apa-apa, semua kos baik pulih daripada pihak saya dengan tempoh pajakan mungkin dalam tempoh 15 hingga 30 tahun.

“Ia memberi kesan bukan sahaja kepada Kelantan tetapi juga boleh menjadi venue pilihan perlawanan tempatan dan juga antarabangsa.

“Setakat ini, tiada apa-apa perbincangan atau komunikasi dengan pihak bertanggungjawab ke atas stadium itu, namun pihak saya bersedia untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Stadium itu yang sebelum ini di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyerahkan sepenuhnya pengurusan venue tersebut kepada Darul Ehsan Facilities Management (DEFM) Sdn. Bhd. pada Januari 2018.

“Pertama kali saya terkejut dengan ­berita stadium itu akan dirobohkan dan mahu dibina baharu. Bagi saya kenapa nak dirobohkan?

“Stadium itu sudah cukup bagus dan sesuai. Misalnya kalau pihak bertangunggjawab mencari individu atau sesiapa sahaja untuk menjaga, maka pihak Kelantan FC bersedia untuk memajak atau berbincang bagaimana untuk kita menyengara stadium itu supaya dapat dibaik pulih.

“Daripada tersadai begitu sahaja baik bagi kepada swasta dan saya akan betulkan dengan situasi menang-menang antara kedua-dua pihak.

“Apapun, ia terpulang kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas stadium itu untuk mempertimbangkan tawaran tersebut,” katanya

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan stadium yang terletak di Seksyen 13 tu yang pernah dinobat sebagai terbesar di Asia Tenggara dan menjadi stadium rasmi kepada pasukan bola sepak Selangor didakwa akan diroboh dan digantikan dengan stadium baharu yang lebih kecil.

Pembinaan stadium baharu berkenaan dikatakan berkapasiti 30,000 hingga 40,000 penonton sahaja supaya mudah dijaga dan diselenggara berbanding Stadium Shah Alam sekarang yang boleh memuatkan sehingga 80,300 orang dalam satu masa. Utusan

Saya boleh pulihkan Stadium Shah Alam – Zamsaham


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker