Presiden parti Sabah ditahan, didakwa terbabit sindiket palsu kad pengenalan

Presiden parti Sabah ditahan, didakwa terbabit sindiket palsu kad pengenalan

Presiden sebuah parti tempatan di Sabah ditahan polis kerana didakwa terbabit dalam sebuah sindiket pemalsuan kad pengenalan.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, Mohd Arshad Abdul Mualap yang mengetuai Parti Perpaduan Rakyat Sabah ditahan di sebuah rumah di Subang Jaya pada 22 Jun lalu.

Beliau dalam sidang media di Bukit Aman berkata, lelaki itu didakwa menjadi dalang sindiket terbabit dan rakan subahatnya yang dikenali sebagai Mohamad Amkah Ahmad turut disiasat polis.

Katanya, parti itu didaftarkan pada 2017 dan kedua-dua individu terbabit dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam hari ini.

Sementara itu, Hamzah berkata suspek ditahan pada 22 Jun lalu bersama seorang lagi lelaki dikenali Mohamad Amkah Ahmad mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hamzah berkata, sindiket berkenaan telah memperdayakan dengan mendakwa kad pengenalan palsu itu mampu memberikan kelebihan kepada pemegangnya.

“Kumpulan itu kononnya boleh berikan kad pengenalan seolah boleh digunakan di negara kita. Contoh seperti boleh digunakan untuk hospital dan pendidikan,” katanya.

Hamzah berkata setiap kad pengenalan palsu itu dijual kepada individu bukan warganegara negara pada harga RM500 hingga RM1,000 seunit.

Setakat hari ini, sebanyak 400 kad pengenalan palsu telah diberikan kepada warganegara asing berdasarkan kepada borang permohonan yang dirampas pihak polis.

Hamzah juga menegaskan kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak mengeluarkan kad pengenalan oleh sindiket -sindiket termasuk di Sabah dan Semenanjung. FMT

Presiden parti Sabah ditahan, didakwa terbabit sindiket palsu kad pengenalan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker