Air Sungai Chandong bertukar warna merah

Air Sungai Chandong bertukar warna merah

PELABUHAN KLANG: Air Sungai Chandong di Pulau Indah, dekat sini, dikesan bertukar warna seakan-akan merah disyaki tercemar akibat kegiatan tidak bertanggungjawab.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pencemaran itu dikesan berlaku di hilir kolam tebatan banjir bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Jalan Sungai Pinang.

Beliau berkata, tinjauan turut dilakukan di jeti nelayan dan mendapati air masih berwarna merah, manakala ujian asid menunjukkan bacaan tahap alkali pada pH 6.44.

“Siasatan diteruskan di Jalan Pinang 5/5 dan mendapati kesan aliran cecair merah dalam longkang monsun. Lokasi disyaki menjadi tempat pembuangan cecair merah, dan perbuatan tidak bertanggungjawab itu mungkin dilakukan pada waktu malam.

“JAS (Jabatan Alam Sekitar) membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab,” katanya dalam ciapan melalui Twitter, hari ini.

Selain itu, beliau memaklumkan, Ops Gempur juga dijalankan semalam di beberapa premis disyaki terbabit insiden berkenaan.

Sementara itu, beberapa gambar yang menunjukkan air sungai terbabit bertukar kepada warna merah, tular dalam media sosial dan turut mendapat pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata menggesa tindakan tegas diambil terhadap pihak bertanggungjawab atas insiden berkenaan. BH

Air Sungai Chandong bertukar warna merah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker