Amirudin ulang kenyataan sama mengenai Stadium Shah Alam

Amirudin ulang kenyataan sama mengenai Stadium Shah Alam

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengulangi kenyataannya hari ini berhubung isu Stadium Shah Alam yang dibuat pada Sabtu lalu mengenai pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Bagaimanapun, kenyataan beliau menerusi media sosialnya itu tidak menafikan dakwaan stadium berkapasiti sehingga 80,300 penonton itu akan dirobohkan dan diganti dengan bangunan lebih kecil.



“Pembangunan keseluruhan Kompleks Sukan Stadium Shah Alam termasuk Stadium Melawati itu akan dilaksanakan berdasarkan hasil penilaian jawatankuasa khas,” katanya.

Terdahulu, selepas pelancaran Program Jelajah Selangor Penyayang Siri Kedua di Kuala Langat, Amirudin memaklumkan Proses baik pulih dan pembinaan KSSA akan dilaksanakan sejajar dengan projek Aliran Transit Ringan 3 (LRT3) yang dijangka siap pada 2026.

Beliau berkata, satu keputusan akan dimaklumkan oleh kerajaan negeri pada bulan depan mengenai perincian pelaksanaan pembangunan di stadium tersebut termasuk Stadium Malawati yang terletak dalam kawasan sama.

Sebelum ini Utusan Malaysia mendedahkan Stadium Shah Alam yang pernah dinobat sebagai terbesar di Asia Tenggara dan menjadi stadium rasmi bagi pasukan bola sepak Red Giants didakwa akan diroboh dan digantikan dengan stadium baharu yang lebih kecil.



Stadium baharu berke­naan dikatakan ber­ka­pasiti 30,000 hing­ga 40,000 penonton supaya mudah dijaga dan diselenggara ber­banding Stadium Shah Alam sekarang yang berkeluasan kira-kira 155,000 meter persegi. Utusan

Amirudin ulang kenyataan sama mengenai Stadium Shah Alam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker