Puasa sunat Arafah Sabtu 9 Julai

Puasa sunat Arafah Sabtu 9 Julai

Puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Sabtu 9 Julai bersamaan 9 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan, berkata masyarakat tidak perlu berpuasa mengikut kalendar Arab Saudi yang menetapkan 9 Zulhijjah iaitu Jumaat dengan sambutan Aidiladha sehari lebih awal, pada Sabtu depan.

“Memandangkan kita raya (Aidiladha) pada Ahad, 10 Julai sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, maka digalakkan puasa sunat Tarwiyyah (hari kelapan Zulhijjah) pada Jumaat dan puasa sunat Arafah pada Sabtu,” katanya kepada BH.

Jamali mengulas kekeliruan sebilangan umat Islam mengenai tarikh puasa sunat Arafah sama ada perlu mengikut kalendar setempat atau kalendar Arab Saudi.

Jelasnya, bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari seperti Malaysia dan lain-lain, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.

“Negara kita yang terletak kira-kira 7,000 kilometer dari Arab Saudi mempunyai ‘matla’ (zon terbit matahari dan bulan) yang berbeza dan mempunyai kaedah falak yang jelas serta diperakui oleh ulama falak dalam menentukan tarikh penting dalam Islam,” katanya.

Beliau juga berkata, setiap permasalahan yang timbul termasuk berkaitan penetapan tarikh puasa sunat Arafah dan sambutan Aidiladha diterangkan oleh ulama menerusi kitab mereka.

Mengenai penetapan puasa sunat Arafah, beliau memberitahu, terdapat dua pandangan mengenai ketetapan itu.

“Di Malaysia, kita mengikut pendapat kedua oleh Mazhab As-Syafie dan juga sebahagian ulama Malikiyyah seperti Ibnu Abdil, iaitu puasa sunat Arafah mengikut perkiraan melihat anak bulan Zulhijjah pada sesuatu negeri (iaitu tanggal 9 Zulhijjah itu sendiri),” katanya. BH

Puasa sunat Arafah Sabtu 9 Julai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker