Harga siling baharu ayam, telur bantu kawal inflasi


Harga siling baharu ayam, telur bantu kawal inflasi

Langkah kerajaan menetapkan harga siling runcit baharu bagi ayam dan telur dapat membantu mengekang pelarasan lebih besar yang meningkatkan lagi inflasi makanan secara menyeluruh, kata MIDF Research.

Menurut firma penyelidikan itu, ia penting memandangkan inflasi makanan telah mencecah paras tinggi untuk beberapa tahun berdasarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mei 2022.

“Sebagai contoh, harga siling baharu ayam pada RM9.40 sekilogram untuk Semenanjung Malaysia yang meningkat sebanyak 5.6 peratus daripada paras sebelumnya pada RM8.90 sekilogram.

“(Jumlah) itu lebih kecil daripada jangkaan kenaikan sekitar RM10 hingga RM12 sekilogram jika harga ayam diapungkan,” katanya dalam nota tinjauannya, hari ini.

MIDF Research juga menyifatkan keputusan Lembaga Pertubuhan Peladang untuk mengimport 4,500 tan ayam dari Thailand berupaya menstabilkan bekalan ayam di pasaran domestik selain mengehadkan tekanan kenaikan harganya pada masa ini.

“Bagi tempoh-tempoh seterusnya, kami menjangkakan kerajaan akan terus meninjau lebih banyak inisiatif untuk meredakan tekanan kenaikan harga makanan untuk jangka panjang,” katanya.

Mengulas prospek inflasi, MIDF Research mengunjurkan inflasi IHP itu sekitar 2.8 peratus pada 2022, meningkat daripada 2.5 peratus pada tahun lalu dengan mengambil kira inflasi makanan yang lebih pantas selain peningkatan berterusan dalam aktiviti perbelanjaan domestik bagi tahun ini.

Jemaah Menteri semalam memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram di Semenanjung Malaysia mulai 1 Julai ini.

Serentak dengan keputusan itu, harga runcit telur ayam ditetapkan pada kadar 45 sen sebiji untuk gred A manakala gred B (43 sen sebiji) dan gred C (41 sen) di Semenanjung Malaysia. BH

Harga siling baharu ayam, telur bantu kawal inflasi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker