PRN Melaka: Petang dijangka hujan, pengundi disaran keluar awal

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal beberapa kawasan di negeri Melaka mengalami hujan lebat berserta ribut petir pada petang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok.

Menerusi perkongsian MetMalaysia di laman Twitter rasmi hari ini, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di kawasan Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.

Bagaimanapun, cuaca di ketiga-tiga kawasan berkenaan pada sebelah pagi diramal cerah dan tiada hujan.

Justeru, para pengundi di Melaka perlu merancang waktu keluar mengundi dengan sebaik mungkin untuk memudahkan perjalanan proses pengundian esok.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, melalui aplikasi MySPR semak, maklumat ”Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan” dikeluarkan untuk setiap pengundi keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan.-K!ONLINE

PRN Melaka: Petang dijangka hujan, pengundi disaran keluar awal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DAP bangkit bela kaki judi fail semakan kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker