DAP bangkit bela kaki judi fail semakan kehakiman

DAP mengambil langkah membantu empat penduduk Kedah untuk memfailkan semakan kehakiman ke atas langkah kerajaan negeri menghentikan pembaharuan lesen pihak berkuasa tempatan untuk kedai judi.

Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan Ramkarpal Singh berkata, mereka memohon untuk membatalkan langkah itu atas dasar ia “tidak munasabah” dan melangkaui kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan kerajaan Kedah untuk tidak memperbaharui lesen sedemikian adalah ultra vires (melampaui) perlembagaan memandangkan kuasa untuk mengeluarkan lesen sedemikian terletak eksklusif di bawah bidang kuasa Parlimen.



“Plaintif akan berhujah lanjut bahawa keputusan tersebut oleh Menteri Besar (Muhammad Sanusi Md Nor) adalah tidak munasabah dan sewajarnya dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi dengan permohonan semakan kehakiman,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ramkarpal berkata tindakan undang-undang itu difailkan semalam di Mahkamah Tinggi Alor Setar bagi pihak empat orang penduduk Kedah yang sebelum ini menyertai kegiatan judi berlesen.

Plaintif diwakili oleh firma guaman Messrs Karpal Singh & Co.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, pertaruhan dan loteri adalah di bawah bidang kuasa persekutuan menerusi undang-undang seperti Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.



Meskipun kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa terhadap lesen PBT, peguam seperti Lim Wei Jiet sebelum ini berkata bahawa mereka tidak harus bertindak bertentangan dengan bidang kuasa kerajaan persekutuan.

 Mentadbir Malaysia yang berbilang kaum

Terdahulu minggu ini, Sanusi mengumumkan Kedah bakal mengharamkan operasi semua kedai nombor ekor dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka di negeri berkenaan.

“Saya Islam tak boleh main judi. Nanti kat akhirat saya kena tanya, aktiviti macam ni anda buat apa? Kalau saya cakap saya tak buat, saya kena tibai,” dia dipetik berkata semasa mengumumkan hal itu.



Dia turut mengumumkan Kedah akan mengehadkan penjualan minuman keras di semua premis, khususnya kawasan luar bandar yang tiada permintaan serta destinasi pelancongan bebas cukai di Langkawi.

Keputusan itu menerima bantahan sejumlah pihak, termasuk daripada sekutu PAS di kerajaan pusat seperti MCA, MIC dan Gerakan.

Mereka berkata larangan itu tidak sesuai di Malaysia yang merupakan negara berbilang kaum, serta mencabuli kebebasan peribadi orang bukan Islam.

Semalam, Sanusi berkata bahawa keputusan itu adalah muktamad.



Sanusi bertegas bahawa langkah itu bukanah untuk menafikan hak orang bukan Islam, sebaliknya dia berkata perjudian memberi kesan buruk kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

DAP bangkit bela kaki judi fail semakan kehakiman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Imej salib hilang: Adakah DAP cuba tipu Melayu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker