MCA, MIC dapat ‘nyawa’ di Melaka, apa mesej pengundi Cina kepada DAP?

Kejayaan MCA, MIC dan UMNO mencipta kejutan dengan merampas kerusi PKR dan DAP dikatakan ada kaitan dengan penolakan pengundi Cina terhadap PH dalam PRN Melaka.

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka memberi 1,001 petunjuk kepada pemerhati politik.

Selain magis UMNO memimpin rakan sejatinya MCA dan MIC dalam komponen Barisan Nasional (BN) mencipta sensasi, cerita duka menyelubungi kem Pakatan Harapan (PH).

Ada satu trend menarik dizahirkan pengundi bukan Melayu di Melaka apabila pengundi Cina tidak lagi memangkah DAP dan PKR selain beralih sokongan kepada MCA dan MIC.

Trend tersebut dapat disaksikan dengan beberapa keputusan mengejut apabila DAP hilang empat kerusi mereka, manakala PKR gagal mempertahankan semua tiga kerusi milik mereka sewaktu PRU14.



Empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik DAP sebelum ini ialah DUN Bemban telah dirampas Perikatan Nasional (PN), DUN Gadek (MIC), DUN Duyong (UMNO) dan DUN Pengkalan Batu pula dimenangi calon paling tua daripada Barisan Nasional (UMNO).

PKR pula hilang Machap Jaya dan Kelebang kepada PKR kepada MCA

 

PERALIHAN UNDI KEPADA MCA, MIC, UMNO

Lantas persoalan besar berlegar di minda pemerhati politik, apakah faktor fenomena ‘kebocoran undi’ penyokong Cina beralih daripada PH kepada BN.



Pengarah Pengajian Asia, Universiti Tasmania, Profesor Dr James Chin, melihat beberapa keputusan ‘sumbang’ pimpinan PH terutama DAP yang menjadi sandaran mereka selama ini menyebabkan kebocoran undi itu.

Katanya, terdapat sentimen kurang senang dalam kalangan pengundi Cina dengan tindakan DAP mempelopori perjanjian gencatan politik di antara PH dan kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

James juga tidak menafikan keputusan PH menerima dua pemimpin ‘katak politik’ selain cubaan dua lagi bekas wakil rakyat lompat parti daripada BN untuk menyertai mereka juga tidak dapat diterima kelompok pengundi Cina di Melaka.

“Saya melihat masalah lebih besar dihadapi DAP adalah pengundi etnik Cina di seluruh negara sebenarnya sedang marah dengan tindak-tanduk parti itu menjuarai perjanjian MoU dengan kerajaan Persekutuan bagi mewujudkan gencatan politik.



“Walaupun perjanjian itu didakwa membawa perubahan politik dengan pelbagai reformasi bagi mewujudkan sistem demokrasi dan urus tadbir negara lebih adil dan telus.

“Sebaliknya, pengundi bukan Melayu mendapati peruntukan Belanjawan 2022 seolah-olah meminggirkan kepentingan dan hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau mengulas faktor utama kekalahan DAP di empat kerusi DUN Melaka pada PRN Melaka, sekali gus menyaksikan BN bersama MCA dan MIC berjaya merampas tiga kerusi, manakala PN mencuri satu kerusi.

James Chin percaya masyarakat Cina khasnya di Melaka meletakkan kegagalan perjanjian MoU PH dengan kerajaan di bahu DAP susulan parti itu sejak awal dilihat bersungguh-sungguh memujuk PH menandatanganinya.Beliau percaya, DAP hilang sebilangan undi penyokong Cina yang protes keputusan PH di peringkat Pusat sekalipun parti itu tidak masih memiliki jumlah pengundi yang signifikan.

“Memandangkan kerajaan Persekutuan tidak mematuhi MoU dengan hanya satu sesi persidangan Parlimen pada Disember ini, DAP boleh mendesak supaya MoU dibatalkan.

Kekalahan DAP pada PRN Melaka adalah disebabkan undi protes pengundi Cina yang tidak berpuas hati dengan implikasi perjanjian MoU antara PH dengan Ismail Sabri di peringkat pusat.

“Cuma isunya terdapat segelintir pemimpin dalam DAP terlibat secara langsung dengan MoU itu merasakan kedudukan politik mereka akan terjejas sekiranya gencatan politik ditarik.

“DAP dijangka mengambil pendekatan ‘tutup mulut’ sekiranya berlaku implikasi negatif akibat MoU tersebut,” katanya.

MCA, MIC dapat ‘nyawa’ di Melaka, apa mesej pengundi Cina kepada DAP?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker