Sekat akaun jika culas bayar nafkah

Sekat akaun jika culas bayar nafkah

Suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah kini berdepan tindakan sekatan akaun bank selepas pindaan terhadap Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 diluluskan dan digazetkan pada 10 Februari lalu.

Dalam kenyataan media hari ini, Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkata, pindaan pada perenggan lima Jadual 11 itu memasukkan pematuhan dan penzahiran maklumat bawah hiwalah iaitu pemindahan hutang daripada Penghutang Penghakiman kepada pihak ketiga iaitu institusi kewangan kepada Pemiutang Penghakiman.

Kenyataan itu menyebut, selain itu, perenggan enam jadual sama berhubung penzahiran maklumat pemilik akaun di institusi kewangan melalui perintah mahkamah, tidak kurang daripada Mahkamah Sesyen turut diperluaskan kepada perintah dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Katanya, berikutan pindaan itu, perintah hiwalah dikeluarkan mana-mana peringkat Mahkamah Syariah boleh dilaksanakan institusi kewangan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang berkuatkuasa.

“JKSM melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang melaksanakan fungsi penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah terhadap bekas suami atau bapa yang culas dalam pembayaran nafkah dan mut’ah, sentiasa mencari kaedah terbaik dalam membantu ibu dan anak dinafikan hak mereka.

“Antara usaha atau mekanisme cuba diterokai sejak 2019 adalah melalui sekatan akaun bank ke atas bekas suami culas memberikan nafkah,” katanya.

JKSM berkata, melalui kunjungan hormat BSK ke Jabatan Undang-Undang, Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Mac 2019, pihak itu membincangkan dengan lebih lanjut berhubung cadangan sekatan bank terhadap bekas suami atau bapa culas dalam pembayaran nafkah.

Katanya, berdasarkan perbincangan itu, pihak BNM menjelaskan peruntukan sedia ada dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) adalah berhubung dengan pendedahan maklumat akaun pelanggan bagi mematuhi perintah mahkamah yang tidak rendah dari mahkamah Sesyen dan bagi mematuhi perintah mahkamah garnishee yang menahan wang dalam akaun pelanggan sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 134 (1)(1) Akta 758 yang dibaca bersama Jadual 11 Akta 758.

Satu perbincangan bersama Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara, BSK dan BNM kemudian diadakan pada 11 Jun 2019 bagi membincangkan pelaksanaan itu.

“Satu permohonan bagi mendapatkan pandangan undang-undang diangkat pada 5 Ogos 2019 bagi dua isu utama iaitu prosiding hiwalah terhadap pihak bank bagi menguatkuasakan perintah nafkah dan mut’ah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

“Selain itu, penzahiran maklumat akaun bank penghutang penghakiman bagi tujuan pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah dan mut’ah Mahkamah Syariah.

“Kaedah penzahiran maklumat dan mendapatkan wang penghutang penghakiman disimpan pihak ketiga termasuk institusi kewangan adalah sebahagian daripada prosiding hiwalah yang diperuntukkan bawah akta atau enakmen tatacara mal mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

“Sebagai contoh peruntukan mengikut Akta 585 seksyen 148(1)(a) dibaca bersama Seksyen 155, Seksyen 159(1)(b) dan Sseksyen 161(2) (b).

“Semasa pendengaran prosiding hiwalah, atas permohonan pemiutang mahkamah boleh mengeluarkan perintah penahanan sejumlah wang yang terhutang kepada pihak institusi kewangan daripada sebarang transaksi pengeluaran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKSM yang juga Ketua Hakim Syarie, Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, tindakan sekatan terhadap akaun itu dilaksanakan sehingga suami atau bekas suami penghutang penghakiman menyelesaikan hutang nafkah mereka. HM

Sekat akaun jika culas bayar nafkah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker