Terperangkap dalam ruang mesin ATM

Terperangkap dalam ruang mesin ATM

KENINGAU: Dua lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 30-an dipercayai masuk ke bank berkenaan untuk mengeluarkan wang.



Bagaimanapun, pintu bank berkenaan tiba-tiba terkunci secara automatik sehingga memaksa kedua-dua mangsa menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.15 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan empat anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa terbabit.

“Siasatan awal mendapati, semua mangsa terperangkap di ruangan mesin ATM selepas pintu automatik (roller) tertutup sendiri secara tiba-tiba.



“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian segera membuat ‘size up’ menggunakan peralatan ‘crowbar’,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 2.38 pagi. BH

Terperangkap dalam ruang mesin ATM


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker