Ganja Thailand berkesan rawat kanser?

Sebaran :

Ganja Thailand berkesan rawat kanser?

BANGKOK: Satu kajian saintifik yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Thailand baru-baru ini mendapati, empat spesies pokok ganja yang ditanam di negara ini boleh digunakan untuk merawat beberapa penyakit kanser.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Herba di Jabatan Sains Perubatan Thailand, empat spesies ganja itu dijangka berkesan menghentikan pembentukan beberapa jenis sel kanser.

Ketua pengarah jabatan tersebut, Dr. Supphakit Siriluck berkata, keempat-empat spesies ganja itu mempunyai kandungan tetrahydrocannabinol (THC) and cannabidiol (CBD) yang tinggi.



“Beberapa eksperimen menunjukkan THC dan CBD yang dikumpul dari keempat-empat spesies ganja tersebut berkesan dalam menghentikan pelbagai jenis sel kanser.

“Eksperimen toksikologi juga mendapati ekstrak ganja tidak menyebabkan mutasi gen dalam bakteria, namun boleh menjadi toksik kepada sel buah pinggang, hati dan paru-paru,” katanya kepada Nation Thailand.

Jelas Supphakit, penemuan itu sudah diterbitkan dalam jurnal perubatan jabatan tersebut bagi mempromosikan kualiti perubatan menggunakan ganja Thailand.

“Jabatan ini akan meneruskan penyelidikan terhadap haiwan dan memasuki fasa ujian klinikal bagi memastikan sama ada ekstrak ganja selamat digunakan oleh pesakit kanser,” ujarnya.



Eksperimen tersebut dilakukan terhadap beberapa organ yang dihasilkan dalam makmal, termasuk payudara, buah pinggang, paru-paru dan otak. Utusan

Ganja Thailand berkesan rawat kanser?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)



Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *