PAS sahut cabaran mahu terima PAN dalam Muafakat Nasional

Sebaran :

BANGI, 4 Jamadilawal 1443H, Khamis – Tidak mustahil bagi PAS untuk menerima Parti Amanah Negara (PAN) menyertai Muafakat Nasional (MN).

Namun ia hanya boleh dilakukan sekiranya parti itu tidak bersama dengan DAP dalam Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, seiring dengan realiti politik semasa yang dinamik, keutamaan perlu diletakkan pada kepentingan agama dan negara.

“Sekarang ini kerana Amanah bersama DAP, itu isunya.



“Masa dulu kita tolak Bersatu kerana dia bersama DAP, bila mereka berpisah maka kita boleh berbincang,

“(Apa akan jadi) masa depan kita tak tahu, tapi masa ini realitinya, politik ini dinamik dan kita pula lihat keperluan semasa dan kepentingan agama dan negara,” katanya seperti dilapor Astro Awani, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menyahut cabaran dikemukakan Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris yang membangkitkan isu penyatuan antara PAS dan PAN.

Sebelum ini, PAS dicabar membuktikan dasar penyatuan ummah yang diperjuangkan dengan menerima PAN menyertai gabungan MN.



Ia susulan tindakan PAS menolak MN jika UMNO enggan menerima Bersatu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai gagasan itu.

Ketua Penerangan PAS kata situasi PAS-Amanah tak sama dengan Umno-Bersatu

Menurut Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berdasarkan piagam MN, kedua-dua parti itu sedia menerima parti lain termasuk Bersatu dan NGO.

“Apabila sampai ke peringkat pelaksanaan, kepemimpinan UMNO hanya mahu parti itu dan PAS saja dalam MN, ini bermakna ia sudah lari daripada perjanjian.

“UMNO tak boleh mengarahkan PAS kerana kami parti tersendiri. Kalau nak suruh PAS dengan UMNO saja (dalam MN) itu tak boleh.



“Sebab kita dah berjanji dengan parti lain, bahkan tetapkan tarikh nak berjumpa dengan Bersatu dan parti lain termasuk nak terima Bersatu masuk MN,” katanya.

Mohd Amar berkata, kenyataan Presiden PAS itu jelas bahawa hubungan MN bukan sahaja melibatkan PAS dan UMNO semata-mata, sebaliknya hubungan ke arah penyatuan ummah membabitkan parti Melayu lain dan NGO.

Katanya juga, tidak berbangkit soal MN diketepikan, sebaliknya gagasan itu boleh dijadikan jambatan ke arah penyatuan bersama PN.

PAS sahut cabaran Pemuda UMNO terima PAN dalam MN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Ketua Pemuda PAS nak ajak Amanah sertai penyatuan ummah?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *