Tuan Ibrahim bela Najib, ‘masih ada proses perbicaraan di Mahkamah Persekutuan dan Tuhan’

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan bahawa masih ada proses perbicaraan di Mahkamah Persekutuan sehingga keputusan dibuat.

Tanpa menyebut sebarang nama, hantaran tersebut dipercayai merujuk kepada keputusan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Rayuan pada Rabu.

Beliau turut menjelaskan bahawa ada satu lagi Mahkamah Tuhan di akhirat.

“Prinsip ‘seseorang itu tidak bersalah, sehingga dibuktikan ia bersalah’, maka setelah berjaya dibuktikan, maka itulah keputusannya.

“Namun kita tunggulah proses itu berakhir dengan dua lagi mahkamah, satu Mahkamah Persekutuan di dunia dan satu lagi mahkamah Tuhan di akhirat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, Mahkamah Akhirat merupakan mahkamah yang paling adil dan tepat kerana saksi adalah anggota kita sendiri.

“Kalau seseorang dianiyanya di dunia akan pasti ia mendapat keadilan di akhirat, tetapi kalau ‘pesalah’ yang mungkin terlepas di dunia pasti ia tidak akan terlepas di akhirat.

https://mykmu.net/2021/12/09/kes-najib-keputusan-mahkamah-vs-pengukuhan-bn/

“Demikianlah manusia akan merayu dan terus merayu, mengambil apa sahaja ruang bagi menyelamatkan dirinya di dunia dan akhirat. Kepada ALLAH kita berserah,” jelasnya.

Pada Rabu, keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dihadapinya membuktikan proses pentadbiran keadilan di negara ini dilaksanakan dengan baik.

Menurut Peguam Bela dan Peguam Cara, Datuk Salehuddin Saidin, meskipun ditolak rayuan, namun Najib jelasnya mempunyai peluang mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Sebelum ini, Najib tidak akan mengalah dan memaklumkan beliau telah mengarahkan pasukan penguambelanya memfailkan rayuan kes ke Mahkamah Persekutuan dengan segera.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada Rabu.

Tuan Ibrahim bela Najib, ‘masih ada proses perbicaraan di Mahkamah Persekutuan dan Tuhan’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


https://mykmu.net/2021/12/08/pm-tidak-kuasai-keatas-mahkamah/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker