Amanah pecat Adun Sabak

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak, Ahmad Mustain Othman hari ini dipecat daripada Amanah kerana didapati melanggar disiplin sebagai ahli.

Setiausaha Agung Amanah Hatta Ramli berkata Mustain dipecat sebagai ahli seperti ditetapkan Fasal 21.12 Perlembagaan Parti Amanah Negara.

“Pemecatan ini selaras dengan Fasal 21.8 Perlembagaan Parti Amanah yang memberi kuasa kepada Lembaga Tatatertib untuk memecat mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin dan arahan parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker