Aziz tidak jadi ditidurkan, paras oksigen kembali stabil

Aziz tidak jadi ditidurkan, paras oksigen kembali stabil

JOHOR BAHRU: Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi, tidak ‘ditidurkan’ akibat jangkitan COVID-19 sejak minggu lalu.

Sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Sri Gading itu, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.



Anaknya, Muhammad Arafat, 37, berkata ayahnya disahkan dijangkiti COVID-19 Selasa minggu lalu sebelum dimasukkan ke hospital berkenaan, bagi rawatan lanjut.

Katanya, pada mulanya keadaan ayahnya itu stabil dan dikuarantin di wad biasa di hospital berkenaan.

“Sehari selepas dimasukkan ke HSNI, keadaan kesihatan ayah mula merosot sebelum dimasukkan ke ICU HSNI.

“Paras oksigen ayah semakin menurun semalam, namun ayah meminta tidak ditidurkan dulu kerana mahu melakukan senaman pernafasan bagi memulihkan paras oksigen.



“Sepatutnya pagi ini ayah ditidurkan jika paras oksigen masih turun, namun Alhamdulillah, doktor memaklumkan tidak perlu menidurkan ayah kerana paras oksigen meningkat semula,” katanya kepada BH, hari ini.

Ab Aziz, 62, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO disahkan positif COVID pada 14 Disember lalu sebelum dimasukkan ke HSNI Rabu lalu.

Isterinya, Datin Sabariah Tokimin turut positif COVID-19 namun menjalani kuarantin di rumah.

Ab Aziz dalam hantaran di Facebook pada 16 Disember lalu mengakui beliau mungkin dijangkiti selepas menghadiri majlis kenduri dan mungkin mengabaikan prosedur operasi standarad (SOP).



“Oleh itu nasihat saya jangan langgar SOP. Jaga jarak. Guna ‘mask’ (pelitup muka). Jangan makan kenduri dengan ramai orang yang tak dikenali dalam satu meja,” katanya.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Sri Gading pada tahun 2013 sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja selama dua penggal dan dilantik menjadi EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Johor. BH

Aziz tidak jadi ditidurkan, paras oksigen kembali stabil




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis



Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker