Banjir di Pahang makin buruk, sukarelawan mula hantar bantuan

Banjir di Pahang makin buruk, sukarelawan mula hantar bantuan

Sukarelawan mula menggerakkan usaha ke Pahang selepas media sosial dibanjiri rayuan warganet meminta bantuan dihantar segera ke negeri itu yang terjejas teruk akibat bencana banjir sejak beberapa hari lalu.

Antara bantuan yang disalurkan termasuk keperluan asas selain makanan serta kit ujian kendiri.



Berdasarkan hantaran di media sosial, ada sukarelawan memaklumkan mereka menggunakan wang poket sendiri untuk membeli bot bagi menyelamatkan mangsa terperangkap.

“Saya bersimpati dengan penduduk Shah Alam. Tetapi saya juga tidak dapat menahan rasa kecewa melihat negeri Pahang kerana biarpun bilangan mangsanya tinggi tetapi tidak banyak bantuan disalurkan.

“Setiap tahun mangsa terpaksa bergantung atas kemurahan hati sebilangan individu untuk mendapatkan barangan keperluan asas. Sukarelawan dan jiran saling membantu untuk membersihkan kawasan. Semalam, saya bersama Muda Temerloh mengagihkan makanan dan kit ujian tetapi masih tidak mencukupi,” kata pemilik akaun @gaayatriiii.

Terdahulu, menerusi satu rakaman tular di Twitter, seorang penduduk di Taman Mentakab Indah sempat menunjukkan keadaan sekitar kawasan yang ditenggelami air hingga ke paras bumbung.



“Hari ini 20/12/2012 jam lebih kurang 3 petang. Ini adalah lokasi Taman Mentakab Indah. Ini rumah dua tingkat tetapi telah dinaiki air dianggarkan kira-kira 20 kaki (6 meter),” katanya.

Manakala seorang penduduk di Kuantan, Yantyirma Mokhtar, 28, berkata ini adalah kali pertama rumah ibunya, Robiah Saad, 64, di Perumahan Bukit Rangin Aman ditenggelami air hingga ke paras bumbung sejak menetap di situ kira-kira lima tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, ibunya bernasib baik kerana sempat dibantu keluar dengan hanya membawa tiga helai baju ke pusat pemindahan berhampiran.

“Sebelum ini, kawasan kami tidak dinaiki air dan paling tinggi hanya ke paras jalan saja. Ini kali pertama kami dilanda banjir buruk. Ibu yang tinggal bersendirian tidak mampu menyelamatkan apa-apa kecuali membawa tiga helai baju saja. Buat masa ini, kami masih terputus hubungan dan air juga tidak banyak surut,” katanya.



Sementara itu, setakat jam 8 pagi tadi, Berita Harian melaporkan bilangan mangsa terus meningkat kepada 42,529 orang biarpun keadaan cuaca dilaporkan baik selama dua hari berturut-turut.

Mereka dipindahkan ke 281 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah, kecuali Rompin dan Cameron Highlands.

Salah seorang penduduk Taman Mentakab Indah menunjukkan keadaan banjir buruk di kawasan terbabit dalam satu video tular di Twitter.
Jumlah mangsa di daerah Kuantan, Temerloh dan Bera meningkat mendadak dengan mangsa paling ramai adalah di Kuantan, membabitkan 21,837 penduduk daripada 5,866 keluarga yang kini ditempatkan di 68 PPS.

Di Temerloh, 76 PPS dibuka menempatkan 10,204 keluarga, manakala di Bera pula, 18 PPS dibuka menempatkan 1,868 mangsa daripada 530 keluarga. Lipis pula merekodkan 1,628 mangsa daripada 570 keluarga di 29 PPS, Jerantut dengan 1,851 mangsa daripada 510 keluarga di 29 PPS dan Raub dengan 1,315 mangsa daripada 345 keluarga di 20 PPS.



Di Pekan, 379 keluarga dipindahkan membabitkan 1,277 mangsa yang ditempatkan di 20 PPS, manakala di Bentong, seramai 1,755 orang daripada 435 keluarga dipindahkan ke tiga PPS dan di Maran pula, 14 PPS dibuka menempatkan 499 mangsa.

Beberapa laluan, termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Pahang masih ditutup untuk semua kenderaan berikutan air belum surut dan kerja-kerja membersihkan jalan yang dilitupi lumpur sedang dilaksanakan.

Dalam perkembangan sama, empat daerah di Pahang dijangka menerima limpahan air hulu sungai yang berkemungkinan boleh menyebabkan banjir lebih besar dalam tempoh terdekat ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Che Adam A Rahman yang dipetik Utusan Malaysia berkata, ramalan menjangkakan daerah tersebut meliputi Temerloh, Bera, Maran dan Pekan.



Menurutnya, kebarangkalian itu dibuat selepas melihat perubahan aliran air Sungai Pahang yang kemungkinan mengalir ke kawasan lebih rendah.

“Pihak kami sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan itu sekali gus memohon agar penduduk yang tinggal di kawasan lebih rendah atau berhampiran sungai supaya bersedia dan berjaga-jaga. FMT

Banjir di Pahang makin buruk, sukarelawan mula hantar bantuan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker