Takaful Malaysia sedia khidmat tunda kenderaan percuma

Sebaran :

Takaful Malaysia sedia khidmat tunda kenderaan percuma

Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (Takaful Malaysia), subsidiari kepada Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad memaklumkan bahawa syarikat menyediakan perkhidmatan tunda percuma ke bengkel terdekat khusus untuk pelanggan takaful motor persendirian komprehensif yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam menyediakan bantuan segera serta memudahkan proses bantuan kepada pemegang sijilnya, pelanggan juga boleh berhubung melalui WhatsApp.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad, Mohamed Sabri Ramli berkata, sebagai syarikat insurans Islam, kami mempunyai pengalaman secara langsung berurusan dengan pelanggan yang terjejas akibat banjir.



“Disebabkan itulah, kami benar-benar memahami betapa dasyat impak terhadap kehidupan pelanggan yang bergelut dengan pasca bencana alam ini.

“Maka, inisiatif yang kami tawarkan melalui perkhidmatan tunda percuma ke bengkel terdekat kepada pelanggan kami adalah seruan untuk kami bertindak bagi meringankan bebanan kewangan dan kebimbangan mereka pada masa yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, perkhidmatan tunda percuma ke bengkel terdekat ini ditawarkan kepada pelanggan takaful motor persendirian komprehensif Takaful Malaysia yang terjejas akibat bencana banjir di seluruh negara.

Pelanggan hanya perlu menghubungi talian bantuan Tele Bantuan 24 jam syarikat di 1800-888-788 atau memaklumkan melalui WhatsApp di 019-629 2680.



“Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah baik perkhidmatan kami dalam menangani jumlah tuntutan takaful motor akibat banjir dengan cara yang cekap dan berkesan, kami telah memperkenalkan

cara lebih pantas dan mudah untuk pelanggan yang terjejas menghubungi kami iaitu melalui WhatsApp.

“Pelanggan kami boleh segera memaklumkan tuntutan takaful motor mereka melalui WhatsApp dan kami akan mengaturkan serta mempercepatkan proses tuntutan itu,” katanya.

Menurutnya, objektif utama inisiatif ini adalah untuk memudahkan proses tuntutan apabila berdepan dengan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti krisis banjir semasa.



“Menjadi kewajipan kami sebagai penyedia takaful untuk membantu pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang agar kerugian dihadapi dibayar dengan pampasan setimpal bagi membantu mereka untuk kembali pulih,” katanya. HM

Takaful Malaysia sedia khidmat tunda kenderaan percuma


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *