Rekahan tanah di susur keluar Bulatan Melawati

Sebaran :

Rekahan tanah di susur keluar Bulatan Melawati

Shah Alam: Pengguna jalan raya yang melalui Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 menuruni Bulatan Melawati keluar ke Lebuhraya Persekutuan arah Klang, diminta untuk berhati-hati serta memperlahankan kenderaan masing-masing.

Ia berikutan terdapat pergerakan tanah di kawasan berkenaan dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda Shah Alam pada awal pagi hari ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan, tindakan awal sudah diambil yang mana kawasan pergerakan tanah itu sudah ditutup dengan kanvas bagi mengekang pergerakan tanah.



“Kon juga dipasang di laluan berkenaan sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya.

“Pengguna laluan berkenaan diminta untuk memperlahankan kenderaan mereka serta berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, tular gambar menunjukkan tanah di susur keluar Bulatan Melawati ke Klang mengalami rekahan. HM

Rekahan tanah di susur keluar Bulatan Melawati




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *