Pulang dari umrah, 11 positif Covid-19

Pulang dari umrah, 11 positif Covid-19

Seorang lelaki tempatan mencetuskan kluster Covid-19 selepas pulang daripada menunaikan umrah, dengan 10 yang lain turut dijangkiti virus itu di Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, lelaki berusia 40 tahun itu menjalani ujian RT-PCR sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 Dis lalu.



Beliau tiba dari Arab Saudi menaiki penerbangan bersama kumpulan umrahnya yang berada di negara itu dari 4 hingga 15 Dis.

“Lelaki itu membuat ujian berkenaan sebelum menaiki pesawat ke Sandakan,” katanya ketika dihubungi.

“Beliau kemudian menjalani kuarantin wajib di rumah di Sandakan, sebelum keputusan ujian diperoleh pada 17 Dis yang mengesahkan beliau dijangkiti virus itu.”

Masidi berkata, ujian saringan terhadap 10 anggota kumpulan umrah itu mendapati semuanya dijangkiti virus itu yang mencetuskan kluster Millenium.



Katanya, pesakit terlibat sedang menerima rawatan sewajarnya.

Beliau berkata, Sabah merekodkan 202 kes harian baharu sejak 24 jam lalu, iaitu peningkatan 46 kes berbanding semalam.
FMT

Pulang dari umrah, 11 positif Covid-19


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker