Hina Nabi Muhammad bukan kebebasan bersuara – Putin

Sebaran :

Hina Nabi Muhammad bukan kebebasan bersuara – Putin

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tindakan sesetengah pihak yang menyifatkan menghina Nabi Muhammad sebagai satu bentuk kebebasan bersuara adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku.

Lapor TASS, Putin menjelaskan tindakan itu sebenarnya mencabuli dasar kebebasan beragama dan menggores hati umat Islam di seluruh dunia.

“Menghina Nabi Muhammad? Apakah ini perlu dilihat sebagai kebebasan bersuara? Saya tidak rasa ini perkara yang betul.



“Ini jelas melanggar kebebasan beragama dan amat melukai hati orang Islam di seluruh dunia,” katanya seperti yang dipetik agensi berita Anadolu.

Sebaliknya, Putin menyatakan penghinaan tersebut hanya menambah dan menghidupkan semangat ekstremisme yang lebih mendalam.

Beliau memberi contoh, serangan keganasan yang berlaku di pejabat penerbitan majalah satira Perancis, Charlie Hebdo yang mengeluarkan karikatur menghina Nabi Muhammad.

Putin menegaskan, kebebasan bersuara mempunyai batasan dan setiap individu tidak boleh melanggar kebebasan orang lain.



“Rusia sudah berkembang menjadi negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan bangsa.

“Sehubungan itu, kami tidak mempunyai masalah untuk saling menghormati antara satu sama lain biarpun berbeza agama,” ujarnya. Utusan

Hina Nabi Muhammad bukan kebebasan bersuara – Putin


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.