Alhamdulilah, paras air Sungai Lui ada sedikit kenaikan tetapi sudah surut

HULU LANGAT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan kenyataan tular mendakwa beberapa kawasan di Sungai Lui di sini kembali dinaiki air.

Kenyataan tersebut mendakwa hujan di Sungai Tuntung hulu Sungai Lui menyebabkan paras air sungai berkenaan naik mendadak dan menasihatkan penduduk sekitar supaya berwaspada.

Ketua Zon Empat Hulu Langat JBPM Selangor, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, beliau dan anggotanya telah membuat pemantauan di lokasi terbabit dan mendapati terdapat sedikit kenaikan tetapi sudah surut sepenuhnya.

“Untuk memastikan kesahihan aduan yang tular di media sosial pemantauan telah dilakukan dan mendapati terdapat sedikit kenaikan di kawasan Batu 20 dan Batu 21 (Hulu Langat) tetapi sudah surut sepenuhnya.

“Namun kita bersedia di lokasi untuk bertindak bagi apa-apa panggilan kecemasan di sini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Lui di sini awal pagi Isnin.

Alhamdulilah, paras air Sungai Lui ada sedikit kenaikan tetapi sudah surut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Air Sungai Lui meningkat semula malam ini disahkan menteri [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker