PM lambat hulur bantuan hanya persepsi ADUN Hulu Kelang: Pakar Perlembagaan

SHAH ALAM – Isu saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan lewat menghulukan bantuan kepada mangsa banjir dianggap sebagai persepsi semata-mata.

Malah menurut pakar undang-undang, Profesor Datuk Salleh Buang, rakyat perlu cukup bukti kukuh untuk menyaman Perdana Menteri berhubung isu kelewatan bantuan menyelamat mangsa banjir di Selangor.

“Isunya di sini, apa yang diperkatakan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib adalah persepsi beliau semata-mata.



“Sama ada persepsi beliau iaitu Ismail Sabri mempunyai niat jahat atau mala fide terhadap kerajaan Selangor adalah satu isu lain yang masih belum dibuktikan kebenarannya,” katanya kepada Sinar Premium pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu Saari menyeru mangsa banjir di Selangor yang merasa ‘dikhianati’ untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah terhadap Ismail Sabri.

Saari mendakwa Ismail Sabri tidak menghiraukan rayuan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari “memohon bantuan segera ketika banjir semakin teruk” pada malam Jumaat 17 Disember lalu.

“Apakah terdapat niat jahat atau mala fide Ismail Sabri terhadap kerajaan Selangor? kata Saari dalam sebuah laporan media.



Salleh menambah, tindakan saman adalah satu perkara serius dan beban bukti terletak kepada pihak yang mahu mengemukakan saman tersebut.

“Pihak yang mahu menyaman perlu ada bukti kukuh untuk membuktikan dakwaan mereka. Jadi dalam isu seruan menyaman Perdana Menteri ini terpulang kepada pertimbangan rakyat itu sendiri sekiranya yakin ada bukti,” katanya lagi.

Salleh menegaskan, seharusnya pada waktu kritikal ini fokus perlu ditumpukan sepenuhnya kepada usaha membantu mangsa banjir memulihkan kehidupan dan bukan menuding jari mencari kesalahan.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan turut membidas kenyataan Saari.



Tegasnya, ia adalah tidak benar serta tidak berasaskan fakta.

“YB Hulu Kelang (Saari) tidak perlu menjadi batu api mengajak mangsa-mangsa banjir saman Perdana Menteri. Sekarang masanya untuk kita bertindak menguruskan Fasa Pasca Banjir.

“Kenyataan beliau seolah-olah ingin melepaskan tangan dan hanya ingin menuding jari kepada pihak lain tanpa mengambil apa-apa tanggungjawab bagi diri sendiri,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Ahad.

Menurut Shahril pada 17 Disember lalu, agensi pengurusan bencana telah memberikan taklimat mengenai taburan hujan yang jarang berlaku hingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.



Susulan itu katanya, Perdana Menteri telah mengarahkan segala kementerian berkaitan termasuk kementerian pertahanan, kementerian perumahan dan kerajaan tempatan, agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menggerakkan aset masing-masing bagi tujuan operasi menyelamat, mengurus, dan menyelaras di semua kawasan.

“Seperti yang saya sebut dalam hantaran sebelum ini, banyak pihak yang giat berikhtiar sebaik mampu, namun ia tidak sempurna dan kekurangan itu wujud.

“Ahli politik dan pihak berkuasa perlu terbuka menerima kritikan dari rakyat.

“Tetapi sekarang ini masanya untuk kita sebagai pengamal politik yang diberikan amanah dan tanggungjawab memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Bukan menaikkan kemarahan rakyat dan tuduh-menuduh,” katanya lagi.



Shahril turut berkata, tuduhan Saari itu amat berat dan hujah yang digunakan adalah kerana Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor bukan Menteri Besar Selangor.

PM lambat hulur bantuan hanya persepsi ADUN Hulu Kelang: Pakar Perlembagaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker