‘Abang Viva’ kini takut, malu

KUANTAN: Selepas dirinya tular dalam laman media sosial dan menjadi perhatian masyarakat, Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ kini diselubungi perasaan takut dan malu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, anak kelahiran Alor Gajah, Melaka itu berkata, dia takut tidak mampu menunaikan tanggungjawab diamanahkan manakala perasaan malu timbul apabila menjadi perhatian ramai.

Katanya, dia sebelum ini adalah insan biasa yang suka bersendirian kini mula mendapat perhatian seluruh negara.



‘Abang Viva’ menjadi perhatian di media sosial apabila sanggup datang dari Melaka ke Lembah Klang dan kini Pahang untuk membantu mangsa banjir.

Ketika memulakan misinya itu, Azwan yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva sambil membawa sebuah bot miliknya hanya berbekalkan RM50 hingga digelar sebagai ‘Wira Banjir’.

Bercerita tentang misinya itu, Azwan bergerak dari Alor Gajah pada 18 Disember lalu menuju lokasi pertama untuk bantuan mangsa banjir di Shah Alam, Selangor.

Jelasnya, sepanjang hidup­nya, ia pertama kali dia melaksanakan misi tersebut.



“Sepanjang di Lembah Klang, saya menjalankan misi bantuan di Puchong dan Taman Sri Muda, Shah Alam. Tiga hari saya di sana sehingga Isnin lalu.

“Selepas itu, saya bergerak ke Pahang dan sebelum sampai ke Temerloh, saya terpaksa bermalam sehari di Karak, Bentong kerana laluan dinaiki air.

“Saya tidak pasti berapa lama akan berada di Pahang, selagi khidmat saya diperlukan saya terus memberikan bantuan,” katanya yang masih bujang.

Tentang bot digunakan, katanya, ia baru sebulan lebih dibeli untuk memancing ikan secara solo di sungai atau laut.



“Saya memang suka meman­cing bersendirian, jadi saya beli bot ini. Apabila berlaku banjir, saya tergerak hati membawanya bagi membantu mangsa, tiada siapa mendorong saya,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, keadaan Perodua Viva digunakannya juga baik sepanjang melaksanakan misi bantuan banjir bermula 18 Disember lalu.

Mengenai soal hadiah kereta ditawarkan usahawan yang juga Pengarah Shalicious Empire Sdn. Bhd., Wan Siti Aishah Wan Hasan atau lebih dikenali sebagai Sha Hasan, dia berkata, fokusnya kini ialah membantu mangsa yang terjejas akibat banjir. – UTUSAN

‘Abang Viva’ kini takut, malu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai



Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker