Hakim terkhilaf berhubung keputusan penggunaan kalimah ‘Allah’

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang dalam memutuskan bahawa keputusan kerajaan pada 1986 untuk melarang penganut agama Kristian daripada menggunakan kalimah “Allah” dalam ajaran agama mereka adalah tidak berperlembagaan.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, ia bukan isu untuk dibangkit dan dihujahkan apabila Mahkamah Rayuan menghantar kes itu ke Mahkamah Tinggi pada 2015.

Shamsul, yang memfailkan memorandum rayuan kepada Mahkamah Rayuan bulan lalu seperti yang dilihat oleh FMT berkata, hakim Mahkamah Tinggi Noor Bee Ariffin turut terkhilaf dalam membenarkan pengisytiharan itu apabila peguam Jill Ireland dari Sarawak tidak memohon relief sedemikian dalam semakan kehakiman.



Beliau berkata, Noor Bee telah memberi peringatan kepada dirinya ketika perbicaraan bahawa beliau tidak mengambil kira pandangan teologi berkaitan penggunaan kalimah “Allah”.

“Tetapi dalam mencapai keputusannya, hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta yang jelas dapat dibaca dalam alasan penghakimannya dengan hakim telah merujuk pandangan teologi secara langsung atau tidak langsung dalam memberi keputusan yang memihak kepada Ireland,” katanya.

Shamsul berkata, Noor Bee telah terkhilaf dalam penggunaan prinsip tafsiran undang-undang apabila membuat dapatan bahawa dasar kerajaan pada 1986 membenarkan orang Kristian menggunakannya bagi menggantikan perkataan “tuhan”.

“Hakim juga telah terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa polisi kerajaan pada 1986 adalah tidak sah dari segi perlembagaan dan/atau perundangan sedangkan polisi tersebut adalah di luar bidang kuasa mahkamah untuk menyemaknya,” katanya.



Pengurusan kes ditetapkan pada 17 Jan depan.

Pada 10 Mac, selepas 13 tahun dan 12 penangguhan, Noor Bee berkata, arahan Kementerian Dalam Negeri pada 5 Dis 1986 untuk melarang penggunaan kalimah “Allah”, “Baitullah”, “Solat” dan “Kaabah” oleh bukan Islam adalah salah dan tidak berperlembagaan.

Hakim itu juga berkata, arahan terbabit dikeluarkan secara salah kerana ia melangkaui matlamat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Hakim terkhilaf berhubung keputusan penggunaan kalimah ‘Allah’




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya



Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker