Gearbox X70 rosak tak selesai, pengguna berang hantar surat peguam

Gearbox X70 rosak tak selesai, pengguna berang hantar surat peguam

Seorang pemilik Proton X70 dilaporkan telah menghantar surat aduan rasmi melalui peguam kepada pihak pengurusan Proton. Pemilik tersebut meluahkan rasa kecewa akibat masalah kotak gear ‘tersengguk-sengguk’ pada Proton X70 yang dimilikinya masih tidak selesai.

Pemilik yang hanya dikenali sebagai Summer Yippie Yap juga difahamkan merupakan seorang peguam justeru langkah yang diambil melalui saluran undang-undang adalah langkah yang tepat dengan profesionnya.

Surat aduan tersebut dikirim kepada Ketua Pengarah Eksekutif, Proton Edar Sdn Bhd yang beralamat di ibu pejabat Proton Centre of Excellence yang bertempat di Shah Alam (Shah Alam Expressway).

Pengguna Proton X70 berang ‘gearbox’ rosak tak selesai, hantar surat peguam ke Proton terus! 02


Tangkap layar surat aduan melalui peguam

Menariknya, ramai pengguna atau pemerhati yang berminat untuk mengetahui adakah terdapat sebarang respons dari Proton, memandangkan tindakan mengikut saluran undang-undang sudah diambil.

Tidak kurang juga, ramai yang turut berkongsi nasib yang sama apabila model Proton X70 pemasangan import (CBU) terkenal dengan masalah transmisi kotak gear ‘tersengguk-sengguk’ setelah 3 tahun dalam pasaran. Terdapat kemungkinan bahawa model CBU inilah model yang sama dimiliki oleh Summer Yippie Yap.

Rata-rata warganet memuji tindakan pemilik tersebut yang tidak hanya sekadar ‘cakap kosong’ malah mengambil tindakan undang-undangnya sendiri.

Pengguna Proton X70 berang ‘gearbox’ rosak tak selesai, hantar surat peguam ke Proton terus! 03

Ini bukan kali pertama ‘surat’ dikirimkan kepada Proton. Sebelum ini, seorang pemilik Proton Exora juga pernah menukilkan satu surat terbuka kepada Proton mengenai masalah ketiadaan alat ganti di pusat servis rasmi sendiri malah tidak membenarkan pengguna untuk membeli sendiri alat ganti di luar (bengkel bebas) yang mempunyai stok alat ganti yang sama untuk ditukarkan di pusat servis rasmi sendiri malah tidak membenarkan pengguna untuk membeli sendiri alat ganti di luar (bengkel bebas) yang mempunyai stok alat ganti yang sama untuk ditukarkan di pusat servis. WCar

Gearbox X70 rosak tak selesai, pengguna berang hantar surat peguam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker