Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Jumaat

Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Jumaat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua telah dikeluarkan di kawasan perairan Tioman, Bunguran, Reef South, Layang-layang, Labuan, Sulu, Palawan, Condore dan Reef North.

Amaran tersebut dikeluarkan disebabkan luruan angin monsun dijangka berlaku sepanjang minggu ini terutamanya di sekitar kawasan perairan laut China Selatan berikutan terdapat satu sistem bertekanan rendah menyebabkan hujan berterusan di beberapa kawasan.



Jelasnya, keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, sukan dan rekreasi laut berikutan ketinggian ombak boleh mencecah sehingga 4.5 meter di kawasan perairan yang berkenaan.

“Angin kencang dari Timur Laut itu turut menyebabkan hujan berterusan di Sabah Timur dan Sarawak Barat bermula esok sehingga Khamis.

“Susulan itu MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada bagi kawasan Sabah Timur termasuk Kudat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) serta Tawau di Lahad Datu,” katanya.

Jelasnya, di Semenanjung Malaysia pula hujan berterusan dijangka berlaku di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan selama dua hari sehingga Khamis.



Oleh itu katanya, orang awam di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya berwaspada berikutan hujan berterusan dijangkakan boleh berlaku di kawasan yang berkenaan dalam tempoh amaran ini berkuat kuasa. K Online

Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Jumaat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker