Farra Inalis Geram Dituduh Berlakon Bantu Mangsa Banjir Bersama Caprice

Farra Inalis Geram Dituduh Berlakon Bantu Mangsa Banjir Bersama Caprice

Sejak kebelakangan ini, apa sahaja yang dikongsikan isteri kepada penyanyi rap Ariz Ramli @ Caprice iaitu Farra Inalis di Instagram pasti akan menarik perhatian netizen.

Terbaharu, perkongsian Farra bersama suaminya turun padang menolong mangsa banjir telah disalah erti oleh segelintir netizen yang menuduhnya hanya sekadar ‘lakonan’ untuk mencari publisiti.



Wayang saja lebih minah ni, kelakar pula tengok. Ini marketing saja lebih, nak bagi orang kenal. Nak jual produk la katanya, marketing kena pandai.

Setakat datang nak ambil gambar baik tak payah datang – Netizen
Difahamkan, individu yang bertindak mengeluarkan komen tersebut dipercayai menggunakan akaun Instagram palsu.

Enggan berdiam diri, Farra telah membalas setiap komen yang menuduhnya seperti tidak ikhlas menghantar bantuan di lokasi yang terjejas akibat banjir.

Farra secara sinis mengatakan yang dia ingin menaja individu tersebut bertemu dengan doktor pakar bagi melakukan pemeriksaan hati.



Sebab I faham orang ada masalah hati hitam memang hidup dia tak tenang.

Tambah Farra, dia kasihan kepada individu tersebut kerana sanggup mencipta akaun palsu untuk melemparkan komen-komen buruk kepadanya.

Bukan itu sahaja, Farra turut mencabar individu tersebut untuk menjadi lebih gentleman dan komen menggunakan akaun sebenarnya.

Terdahulu, Farra atau lebih mesra disapa sebagai Elis telah berkongsi foto dia bersama suaminya menghantar barang bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam.



Sekadar info, Farra dan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah turut serta dalam misi bantuan mangsa banjir tersebut sejak Rabu lalu. Bn

Farra Inalis Geram Dituduh Berlakon Bantu Mangsa Banjir Bersama Caprice


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker