Nasi Lemak Otai Legend, 600 bungkus sehari

Sebaran :

Nasi Lemak Otai Legend, 600 bungkus sehari

Setiap hari, hampir 600 bungkus nasi lemak daun pisang disediakan Otai Legend yang terletak di Taman Tun Sardon, Gelugor, Pulau Pinang, habis dalam masa beberapa jam.

Pemilik kedai makan Otai Legend, Roslatiny Syawalyn Abdul Latib, 34, tidak menjangkakan nasi lemak daun pisang yang disediakan bersama suami, Hasanul Azlan, 36, mendapat tumpuan penggemar hidangan itu.

“Selain nasi lemak bungkus daun pisang yang dijual pada harga RM1.50. Kami turut menyediakan aneka menu sarapan pagi termasuk mi goreng dan kuih muih.



“Keunikan nasi lemak ini tambah menyelerakan sekiranya ia dipadankan dengan lauk lain terutama ayam rempah, ayam rendang dan rendang kerang,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia itu, Otai Legend mula diusahakan pada 2012, turut dikenali dalam kalangan pelanggan kerana keenakan kuih tradisional, terutamanya pulut udang yang padat dengan inti.

“Selain menu sarapan nasi lemak dan lauk, Otai Legend turut menawarkan kelainan dengan mengetengahkan menu sate untuk sarapan disediakan seawal jam 6 pagi.

“Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi Facebook, Tinie Reborn dan Instagram
tinie reborn atau hubungi 012-5728055 dan 013- 4885508,” katanya. Utusan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Nasi Lemak Otai Legend, 600 bungkus sehari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *