Bekas Bintang Liverpool Diarah Bayar Wang Ganjaran [VIDEO]

Bekas Bintang Liverpool Diarah Bayar Wang Ganjaran [VIDEO]

BEKAS penyerang Liverpool, Daniel Sturridge telah diarah membayar £22,400 (RM125,811) kepada seorang lelaki yang menemui anjingnya yang hilang, dua tahun lepas.

Anjing Pomeranian bernama Lucci itu dicuri dari sebuah rumah di Los Angeles pada 2019 dan Sturridge menawarkan ganjaran kepada sesiapa sahaja yang berjaya menemuinya.



Foster Washington berkata dia merupakan individu yang menyatukan semula Sturridge dan anjing kesayangannya, tetapi wang ganjaran yang dijanjikan tidak diberikan.
Dokumen mahkamah yang diperoleh menunjukkan bahawa Sturridge tidak menjawab aduan yang dibuat ke atasnya.

Hakim Curtis Kin memerintahkan Sturridge perlu membayar wang ganjaran berkenaan, selain kos sebanyak $85.

“Saya teruja dan tidak percaya ia sudah berakhir. Semasa menemui anjing itu, saya fikir hidup saya akan menjadi lebih baik,” kata Washington.

Pada 2019, bekas pemain antarabangsa England itu berkongsi gambar kerosakan rumahnya di West Hollywood dan imej CCTV tiga lelaki bagi membolehkan orang ramai membantunya mencari Lucci.

“Kami akan berikan bayaran kepada mereka yang menemui Lucci, tidak kisah berapa pun jumlahnya,” tulis Sturridge.

Namun dalam kemas kini terbaharu di Twitter, Sturridge yang kini bermain untuk Perth Glory dalam Liga A Australia memaklumkan dia sudah pun membayar wang ganjaran itu.



“Saya bertemu dengan anak muda yang menemui anjing saya dan memberinya ganjaran. Saya mengambil gambar dengannya dan kami mempunyai bukti video dan audio tentang apa yang berlaku semasa Lucci dikembalikan.

“Sesetengah orang memang suka mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi mereka sendiri. Terima kasih kepada anak muda itu sekali lagi,” tulisnya.-Daily Mail

Bekas Bintang Liverpool Diarah Bayar Wang Ganjaran [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker