Taikun Cina rakan kongsi Mahathir – Najib

Taikun Cina rakan kongsi Mahathir – Najib

Najib Razak menepis rasa aib dizahirkan seorang taikun berhubung penampilannya di Forum Ekonomi China Sedunia 2021 (WCEF) semalam.

Sebaliknya, Najib memberi bayangan bahawa hartawan hartanah Lee Kim Yew “kurang berpuas hati” dengannya ekoran hubungan taikun terbabit dengan Dr Mahathir Mohamad.

Ahli parlimen Pekan itu turut melampirkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan bahawa Lee dan Mahathir merupakan rakan kongsi dalam hotel Palace of the Golden Horses dan syarikat perkhidmatan jet peribadi Flyjet.

Semalam, Najib menyampaikan ucaptama dalam WCEF. Dia turut menjadi tetamu kehormat untuk majlis anugerah dan makan malam.

Lee, yang merupakan antara pengasas WCEF, berkata melibatkan Najib adalah satu “keaiban besar”.

Bagaimanapun Lee menjelaskan dia tidak lagi mempunyai kaitan dengan forum berkenaan.

Pada Julai tahun lalu, Najib diputuskan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga kesalahan pecah amanah, tiga kesalahan pengubahan wang haram dan satu kesalahan salah guna kuasa.

Ini selepas pihak pendakwaan membuktikan bahawa Najib telah menyeleweng RM42 juta wang SRC International Sdn Bhd.

Pada 7 Dis lalu pula, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah berkenaan dan menyatakan tindakan Najib itu bukan dilakukan untuk kepentingan negara, sebaliknya hanya “memalukan negara”.

Najib akan memohon semakan keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Taikun Cina rakan kongsi Mahathir – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker