Majlis kahwin artis disiasat langgar SOP

Majlis kahwin artis disiasat langgar SOP

Polis menyiasat majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal di Genting Highlands kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Dis lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Zaiham Mohd Kahar, berkata mereka menerima satu laporan berhubung majlis perkahwinan diadakan di sebuah villa di sana dan satu video tular berdurasi 41 saat selepas dimuat naik di Facebook.



Katanya, berdasarkan siasatan, majlis itu berlangsung kira-kira pukul 8.30 malam.

“Berdasarkan video terbabit, didapati ada tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka, selain tidak mengamalkan penjarakan sosial, ” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Berita Harian.

Zaiham berkata, keadaan majlis itu didapati telah melanggar SOP Fasa 4 PPN dan polis akan mengesan dan mengenal pasti semua individu yang hadir.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Perkara 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.



Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut dan terus mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Majlis kahwin artis disiasat langgar SOP


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker