Taikun “Business Partner” Mahathir Terkilan Najib VVIP Forum Ekonomi China Sedunia

Oleh Nurul Aishah

PATUT pun taikun atau hartawan hartanah Lee Kim Yew sangat tidak berpuas hati terhadap Datuk Seri Najib memandangkan beliau merupakan rakan kongsi niaga Mahathir. Dan sebagaimana semua rakyat Malaysia tahu, Mahathir sangat berdendam terhadap DS Najib.

Episod menggunakan 1MDB untuk menganiaya Najib juga bukan lagi rahsia. Bukti direka dan di olah agar DS Najib dilihat bersalah. Hingga ke hari ini DS Najib masih terus membela diri beliau yang sedang dianiaya.

Oleh itu, apabila DS Najib menyampaikan ucaptama dalam WCEF, malah beliau turut menjadi tetamu kehormat untuk majlis anugerah dan makan malam forum tersebut, sudah tentu Lee Kim Yew “naik angin” memandangkan musuh ketat “business partner” beliau diberi penghormatan sedemikian.

Lee, yang merupakan antara pengasas WCEF, berkata melibatkan Najib adalah satu “keaiban besar”. Bagaimanapun Lee menjelaskan dia tidak lagi mempunyai kaitan dengan forum berkenaan. Akhirnya terbongkar, Lee adalah rakan kongsi Mahathir.

Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa Lee dan Mahathir merupakan rakan kongsi dalam hotel Palace of the Golden Horses dan syarikat perkhidmatan jet peribadi Flyjet.

Related Articles

One Comment

  1. dia pun tak dpt pembelaan yg telus ….kenapa dia mintak dokumen dokumen utk pembelaan dia ditentang pendakwaraya dan hakim?ada sesuatu nak sorok ke?kat dunia ni boleh le sorok…kes laki Zeti? sbb Zeti budak Mahathir…skandal forex? Perwaja?…mmmm

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker