Omicron: Kes kedua di Perak babit jemaah umrah

Omicron: Kes kedua di Perak babit jemaah umrah

IPOH: Perak mengesan kes kedua Covid-19 varian Omicron di negeri ini membabitkan seorang warganegara yang pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata individu itu berada di Arab Saudi bersama ahli keluarganya sebelum ini dan disahkan positif sewaktu menjalani kuarantin di rumah.



“Kes ini terkawal. Saringan terhadap kontak rapat mendapati negatif. Namun pemerhatian dan pemantauan lanjut tetap dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Majlis Hari Alam Sekitar Negara peringkat Perak semalam.

Pada 3 Dis lepas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan kes pertama varian Omicron yang dikesan di Malaysia pada 2 Dis melibatkan pengembara bukan warganegara dari Afrika Selatan.

Sementara itu, Akmal meminta jemaah umrah agar mematuhi tempoh perintah kuarantin tujuh hari yang ditetapkan bagi mengelak sebarang risiko penularan, yang turut memerlukan kempen kesedaran dari syarikat umrah dan pihak yang berkaitan.

“Kerajaan membenarkan mereka kuarantin di rumah supaya mengurangkan kos berbanding kuarantin di hotel. Jadi kena akurlah. Tetapi ada peserta umrah yang menerima tetamu, bersalaman, keluar duduk dengan keluarga, padahal mereka kena akur dengan perintah kuarantin.



“Duduk senyap-senyap di rumah, kita bimbang virus akan merebak. Banyak usaha kerajaan telah dibuat agar penularan dapat dikurangkan dan dielakkan. Ini juga salah satu pahala selain dari pergi umrah,” katanya dan menambah jemaah umrah yang positif varian Omicron diberi gelang pengesanan digital khas. FMT

Omicron: Kes kedua di Perak babit jemaah umrah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker