Kucing setia menunggu di pusara tuannya

Sebaran :

Kucing setia menunggu di pusara tuannya

Kisah seekor kucing yang menjadi penunggu setia di pusara tuannya mengamit rasa sedih dan terharu anak perempuannya tentang kasih sayang seekor binatang yang tidak pernah pudar.

Kisah itu dikongsikan Pensyarah Bahasa Arab, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Solehah Yaacob menerusi hantaran di Facebook miliknya.

“Kucing ini dahulunya dipelihara oleh arwah ayahanda saya, Ustaz Yaacob Ismail.



“Setelah arwah ayah meninggal dunia, kucing ini sentiasa menunggu di pusaranya,” katanya.

Tambah Solehah, antara amalan yang diamalkan oleh arwah ayahnya adalah sentiasa memberi kucing itu makan ikan rebus yang bersih dari tulang.

“Arwah amalkan bila bagi kucing makan ikan rebus, arwah selalu buang dulu tulang, ikan yang bersih dari tulang saja yang diberi makan kepada kucingnya,” katnya.

Sementara itu, beliau turut berpesan agar sentiasa berbuat baik sesama makhluk.



“Kita tidak tahu, barangkali makhluk yang kita jaga dan pelihara itu akan mendoakan kita setelah kita kembali ke rahmatullah suatu hari nanti,” ujarnya.

Jelasnya, kali pertama kucing itu ke kubur adalah sewaktu mengikuti adiknya ke sana dan menjadi rutin harian kucing tersebut untuk sentiasa menziarahi pusara tuannya.

“Untuk pertama kali tu kucing tu ikut adik saya pergi ke kubur. Lepas tu dia dah tahu jalan dan boleh pergi sendiri. Jarak rumah dan kubur dekat je,” katanya. K Online

Kucing setia menunggu di pusara tuannya




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *