UMNO Kelantan tanya PAS, kerjasama atau tidak?

Sebagai membuat persiapan awal dan rapi menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, Umno Kelantan memang memerlukan jawapan jelas daripada PAS sama ada mereka mahu meneruskan kerjasama atau mempunyai pilihan lain.

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor, berkata keputusan daripada PAS Kelantan sangat penting untuk persediaan jentera pilihan raya Umno di setiap peringkat.

“Umno hanya mahu ketetapan daripada PAS Kelantan sama ada masih mahu meneruskan kerjasama dengan Umno atau PAS lebih memilih Bersatu sebagai rakan kongsi politik mereka.

“Ini penting untuk Umnk Kelantan sediakan jentera pilihan raya di peringkat bahagian dan parlimen masing-masing,”

Terdahulu Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub menghantar surat kepada PAS Kelantan bagi membincangkan kedudukan kerjasama antara kedua-dua parti di negeri itu.

Susulan surat itu, PAS Kelantan pada 24 Dis lalu mengesahkan sudah menerima surat berkenaan dan memberitahu mereka akan mengadakan mesyuarat “pada minggu depan” bagi membincangkan hala tuju kerjasama tersebut.

Pesuruhjaya PAS Kelantan Ahmad Yakob berkata mesyuarat berkenaan akan diadakan di peringkat negeri untuk melihat sebarang pendirian terbaik untuk mereka sebelum diputuskan.

Bagaimanapun semalam Sinar Online melaporkan PAS Kelantan akan menunggu maklum balas daripada PAS Pusat mengenai pendirian yang dituntut Umno berkenaan.

Kata Ahmad Badan Perhubungan PAS Kelantan mengadakan mesyuarat kelmarin dan sepakat memutuskan untuk menunggu jawapan daripada Pas PAS terlebih dulu.

Difahamkan jika kerjasama di antara Umno dan PAS diteruskan di peringkat negeri, antara isu yang menjadi duri dalam daging ialah pembahagian kerusi parlimen dan DUN.

Dalam PRU ke-14 lalu PAS memenangi sembilan kerusi, berbanding hanya lima oleh Umno/BN.

Di peringkat negeri pula ada 45 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 37 kerusi berbanding 7 Umno-BN dan baki satu lagi dimiliki Bersatu.

UMNO Kelantan tanya PAS, kerjasama atau tidak?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bodohnya pemimpin ultra kiasu pertikai ‘PM tak hadir’ acara Krismas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker