Tupai terbang bikin gempar di kampus universiti AS

LINCOLN – Seorang pekerja lelaki yang menebang sebatang pokok oak yang mati di University of Nebraska, Lincoln, Amerika Syarikat (AS) menemui seekor tupai terbang baru-baru ini.

Penemuan itu dirakamkan menerusi sebuah video yang menunjukkan haiwan tersebut memanjangkan lengan dan kakinya untuk membentuk seperti sayap bagi membantu haiwan tersebut sebelum terbang ke pokok berhampiran.

Sebanyak tiga ekor tupai dikesan tinggal pada pokok tersebut.

Namun, tidak ada yang tahu bahawa haiwan berkenaan tinggal pada pokok berkenaan.

Video yang berduarasi selama 20 saat itu kemudian dihantar kepada seorang seorang profesor biologi pemuliharaan di University of Nebraska, Larkin Powell dan beliau melihat aksi haiwan tersebut terbang dari sebatang pokok ke pokok yang lain.

Beliau berkata, ia merupakan antara spesies yang sukar untuk didokumentasikan kerana tupai tersebut tidak keluar ketika terdapat manusia yang berada di kawasan berhampiran.

Dalam pada itu, Shaun Dunn iaitu seorang ahli zoologi warisan semula jadi untuk negeri Nebraska, tidak terkejut dengan penemuan tupai terbang tersebut.

Ini kerana beliau telah mendokumentasikan 15 penemuan tupai terbang sejak tahun 2018. – Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker